WARISAN BUDAYA MELAYU
WARISAN BUDAYA
ADAT
RESAM
Kepentingan adat resam di dalam hidup masyarakat tidak kira apa
bangsa sekalipun tidak dapat dinafikan. Adat tersebut bermula dari dalam perut
ibu, kelahiran, perkahwinan sehinggalah kematian terdapat di dalam hidup semua
masyarakat di Malaysia. Adat resam merupakan kebiasaan cara hidup yang
diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang dapat menggambarkan corak budaya
masyarakat tersebut.
ADAT RESAM MASYARAKAT MELAYU
Kelahiran
Anak
atau zuriat adalah suatu kurniaan Tuhan yang tidak ternilai bagi setiap pasangan
suami isteri. Bagi masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam, adalah
dipercayai setiap anak yang dilahirkan mempunyai rezekinya masing-masing,
justeru itu setiap kelahiran itu perlu disyukuri. Dalam aspek kelahiran ini,
masyarakat Melayu banyak mengamalkan adat-adat tertentu yang diwarisi sejak
turun temurun. Ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung, bersalin dan selepas
lahir.
Melenggang Perut (Sewaktu Mengandung)
Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di bahagian utara Semenanjung Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian. Upacara ini dilakukan kepada wanita yang mengandung anak sulung ketika kandungan berusia dalam lingkungan tujuh atau lapan bulan. Ia dijalankan oleh seorang bidan untuk membuang geruh atau kecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi membetulkan kedudukan bayi di dalam perut.

Peralatan
untuk upacara ini termasuk
v Tujuh helai kain dengan tujuh warna
berlainan
v Segantang beras
v Sebiji kelapa
v Beberapa urat benang mentah
Damar
Damar
v Minyak kelapa atau minyak urut
v Lilin
v Tepak sirih yang lengkap isinya
v Pengeras sebanyak RM1.25
Pada
permulaannya bidan akan membacakan jampi mentera dan mengandam wanita hamil
tadi. Tepung tawar dicalit ke mukanya dan beras kunyit ditabur.
Seterusnya
adat mandi sintuk limau dan air buyung dilakukan. Sebiji telur diselitkan di
kain basahan iaitu di bahagian perutnya dan sebuah cermin kecil dibawa bersama.
Wanita itu didudukkan di atas kerusi di mana pada kaki kerusi itu ditambat
seekor ayam. Kemudian air buyung dijiruskan ke badannya manakala telur tadi
dilepaskan atau dijatuhkan dengan kepercayaan ia akan memudahkan wanita tadi
bersalin.
Setelah
membersihkan badan, wanita itu bercermin muka dengan harapan anak yang bakal
lahir nanti mempunyai rupa paras yang cantik. Setelah acara itu selesai bidan
akan membentangkan ketujuh-tujuh helai kain berbentuk melintang sehelai di atas
sehelai yang lain. Ibu yang hamil dibaringkan di atas lapisan kain-kain
tersebut. Bidan akan mengurut ibu yang hamil dengan menggunakan minyak kelapa
atau minyak urut. Bidan mengambil buah kelapa yang telah dibersihkan lalu
menggulingkannya perlahan-lahan di atas perut terus ke hujung kakinya sebanyak
tujuh kali. Adalah dipercayai sekiranya kelapa berhenti bergolek dengan matanya
ke atas, anak yang dikandungnya adalah lelaki dan perempuan jika sebaliknya.
Akhirnya bidan akan melenggangkan setiap helai kain tersebut pada perut wanita hamil itu. Mengikut
adatnya, kain yang di bawah sekali diberikan kepada bidan beserta dengan
peralatan upacara tadi. Lazimnya pada hari tersebut, kenduri doa selamat akan
diadakan dan ibu yang menjalani upacara ini dipakaikan dengan pakaian baru.
Adalah dipercayai adat ini mengandungi unsur-unsur budaya Hindu.
Sewaktu Bersalin
Apabila
hampir tiba waktu bersalin, persediaan akan diuruskan oleh keluarga berkenaan.
Mengikut kebiasaannya kandungan ketika itu sudah cukup sembilan bulan sepuluh
hari. Tetapi adakalanya tempoh kehamilan boleh mencapai sehingga sepuluh hingga
dua belas bulan yang dipanggil bunting kerbau. Mengikut kepercayaannya juga
daun mengkuang berduri akan digantung di bawah rumah dan kapur akan dipangkah
pada tempat-tempat tertentu di dalam rumah wanita yang hendak bersalin tadi
bagi mengelakkan gangguan makhluk halus. Di samping itu juga, terdapat beberapa
adat yang perlu dijalankan semasa menyambut kelahiran ini.
Potong
Tali Pusat
Sejurus selepas bayi lahir, bidan akan menyambutnya dengan jampi dan serapah lalu disemburkan dengan daun sirih. Selepas bayi dibersihkan, tali pusatnya akan dipotong dengan menggunakan sembilu buluh dan dialas di atas sekeping wang perak satu ringgit. Di sesetengah tempat tali pusat dipotong menggunakan cincin emas. Baki tali pusat di perut bayi akan dibubuh kunyit dan kapur lalu dibungkus dengan daun sirih yang telah dilayukan di atas bara api sehinggalah tali pusat itu tanggal sendiri.

v Azan/Qamat
Kelazimannya bayi lelaki akan
diazankan di kedua-dua belah telinganya manakala bayi perempuan akan
diqamatkan. Biasanya, bapa atau datuk bayi tersebut akan melakukan upacara ini.
Ia bukanlah satu adat, sebaliknya lebih merupakan amalan berunsur keagamaan.
v Membelah/Mulut
Adat ini mempunyai pengaruh budaya Hindu, namun demikian ia juga terdapat dalam agama Islam yang menghukumkan sunat untuk berbuat demikian. Upacara bermula dengan membacakan surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas. Ia diikuti dengan langkah mencecap atau merasakan sedikit air madu atau kurma dan ada juga yang menggunakan emas yang dicelupkan ke dalam air pinang pada mulut bayi yang baru lahir tersebut. Sewaktu menjalankan upacara ini, jampi mentera dibacakan. Namun demikian, adat ini sudah tidak diamalkan lagi oleh masyarakat Melayu hari ini.

v Berpantang
Dalam masyarakat Melayu, wanita yang telah bersalin mesti menjalani masa berpantang yang bermaksud larangan. Sekiranya wanita tersebut melanggar pantang, mereka akan mengalami bentan atau sakit sampingan. Tempoh berpantang lazimnya berlangsung selama empat puluh empat hari dikira dari hari mula bersalin dan ada juga yang berpantang selama seratus hari.

Tempoh
Berpantang
Dalam
tempoh ini wanita tersebut dilarang dari makan sebarang makanan mengikut
kehendaknya atau berbuat apa-apa kerja yang memerlukan banyak pergerakan.
Antara makanan yang dilarang keras ialah yang boleh mengakibatkan kegatalan di
seluruh anggota badan seperti udang, kerang, ketam dan ikan pari serta memakan ikan yang mempunyai sengat
seperti ikan keli, sembilang dan baung kerana ia boleh menyebabkan bisa-bisa
pada badan. Sebaliknya mereka digalakkan memakan nasi dengan ikan haruan yang
dibakar, direbus dan dibenarkan minum air suam atau susu.
Bertungku
Selama
berpantang mereka diberi makan ubat-ubat tradisi dan bertungku. Bertungku
dipercayai dapat membantu perut wanita bersalin kembali normal. Biasanya tungku diperbuat
dari batu yang dipanaskan di atas bara. Kemudian tungku itu dibalut dengan kain
yang di lapik dengan beberapa helai daun yang tebal seperti daun lengkuas yang
dipercayai dapat mengimbangi kepanasan tungku di samping berfungsi sebagai
ubat.
Tungku
akan dituam pada bahagian perut dan bahagian lain bertujuan untuk mengatasi
masalah kesakitan selepas bersalin. Selesai bertungku, si ibu akan menyapu
perutnya dengan air limau yang dicampur dengan kapur sebelum memakai bengkung.
Amalan berbengkung ini bertujuan untuk mengatasi perut buncit atau pinggul yang
turun selepas bersalin di samping memberi keselesaan kepada wanita selepas
bersalin.
Selepas lahir
Selepas kelahiran terdapat beberapa
adat tertentu yang dijalankan.
v Tanggal
Pusat/Cuci Lantai
Lazimnya bayi yang baru lahir akan tanggal pusatnya dalam tempoh seminggu. Pada ketika itu, adat cuci lantai akan diadakan. Di sesetengah tempat, ia juga dipanggil adat naik buai kerana selagi bayi itu belum tanggal pusatnya, dia tidak boleh dibuaikan dan akan tidur di samping ibunya. Adat ini seelok-eloknya dilakukan pada hari Isnin atau Khamis.
Bahan-bahan yang digunakan untuk adat cuci lantai.

v Nasi kunyit dan lauk-lauk
v Seekor ayam hidup
v Paku, buah keras, asam, garam dan
sirih pinang
v Hadiah untuk bidan sepersalinan
Kenduri
doa selamat akan diadakan pada permulaan adat ini. Selepas itu bidan akan
memulakan jampi serapahnya sambil memegang ayam dengan cara mengais-ngaiskan
kaki ayam ke atas lantai tempat wanita itu bersalin. Seterusnya lantai itu akan
dibersihkan. Mak bidan akan menjalankan keseluruhan upacara ini. Sebelum itu,
si ibu dan si bayi akan dimandikan, diurut dan dibedak. Selesai upacara
tersebut, bahan yang digunakan tadi beserta sedikit wang akan dihadiahkan
kepada bidan tersebut.
Memberi
Nama
Mengikut ajaran Islam, adalah sunat memberi nama yang mempunyai maksud yang baik kepada bayi. Kebiasaannya jika bayi itu lelaki, nama akan diberi mengikut nama para nabi manakala untuk bayi perempuan, nama isteri-isteri atau anak-anak nabi akan dipilih.

Cukur
Rambut/ Potong Jambul
Adat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas dilahirkan. Ia turut dipanggil adat potong jambul. Kenduri nasi kunyit dan doa selamat diadakan pada hari tersebut.
Adat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas dilahirkan. Ia turut dipanggil adat potong jambul. Kenduri nasi kunyit dan doa selamat diadakan pada hari tersebut.
Untuk
menjalankan upacara tersebut beberapa kelengkapan disediakan.
v Sebuah dulang berisi tiga mangkuk atau
piring yang berisi air tepung tawar,beras kunyit
dan bertih.
v Sebiji kelapa muda dipotong bahagian
kepalanya dengan potongan berkelok-kelok siku seluang untuk dijadikan penutup.
Airnya dibuang dan diganti dengan sedikit air sejuk. Kemudian kelapa itu
diletakkan di dalam sebiji batil. Biasanya kelapa itu dihias, umpamanya dengan
melilitkan rantai emas atau perak di kelillingnya.
|
|
Pada
hari itu, bayi dipakaikan dengan pakaian cantik dan diletakkan di atas talam
yang dialas dengan tilam kecil atau didukung oleh bapa atau datuknya. Si bayi
seterusnya dibawa ke tengah majlis dan disambut oleh hadirin lelaki sambil
berselawat. Si bayi akan ditepung tawar serta ditabur beras kunyit dan bertih.
Para hadirin secara bergilir-gilir akan menggunting sedikit rambut
bayi tersebut dan dimasukkan ke dalam kelapa tadi.
Bilangan
orang yang menggunting rambut bayi tersebut hendaklah dalam bilangan yang
ganjil, iaitu tiga, lima, tujuh dan seterusnya. Setelah selesai pihak lelaki
menjalankan acara menggunting, pihak perempuan pula mengambil alih. Setelah
selesai kedua-dua pihak menjalankan adat bercukur barulah kepala bayi tersebut
dicukur sepenuhnya oleh bidan atau sesiapa sahaja yang boleh melakukannya.
Kesemua rambut yang dicukur akan dimasukkan ke dalam kelapa. Akhirnya kelapa
tersebut di tanam di sekitar halaman rumah bersama sepohon anak kelapa atau
seumpamanya sebagai memperingati masa anak itu dilahirkan.
Lazimnya,
semasa adat ini dijalankan akikah turut diadakan. Dari segi
syarak, akikah
membawa pengertian
menyembelih ternakan pada hari ke tujuh selepas anak dilahirkan. Orang Islam
yang berkemampuan disunatkan menyembelih ternakan seperti kambing, lembu atau
kerbau sebagai akikah anak yang baru lahir. Seorang anak disunatkan berakikah
sekali sahaja seumur hidup. Terdapat syarat-syarat tertentu dalam memilih
haiwan untuk akikah dan jumlah ternakan untuk akikah juga berbeza mengikut
jantina bayi. Bagi bayi lelaki akikahnya ialah dua ekor kambing dan seekor kambing
bagi bayi perempuan. Antara hikmah akikah adalah sebagai permulaan kebajikan
dan kebaikan bagi pihak bayi tersebut. Akikah sunat dilakukan pada hari ke
tujuh kelahiran iaitu boleh dijalankan serentak dengan adat mencukur rambut dan
adat memberi nama. Namun ia juga boleh dilakukan pada hari yang lain.
Naik
Buai
Adat
ini merupakan satu-satunya majlis yang masih diamalkan dan mendapat sambutan di
kalangan masyarakat Melayu hari ini. Upacara ini dilangsungkan dalam suasana
penuh meriah terutama sekali jika sesebuah keluarga itu baru mendapat anak atau
cucu sulung.
Semasa
upacara ini dijalankan bayi tersebut akan diletakkan di dalam buaian yang
menggunakan kain songket atau batik dan dihias indah dengan bunga-bungaan.
Selendang akan diikat di kiri kanan buaian dan ditarik perlahan-lahan semasa
upacara berlangsung. Ketika itu juga, nazam atau marhaban akan dialunkan oleh
sekumpulan lelaki atau wanita. Seterusnya bunga telur dan bunga rampai akan
dihadiahkan kepada kumpulan ini. Pada hari ini, masyarakat Melayu menjalankan
adat ini serentak dengan adat memberi nama dan adat cukur rambut.
JejakTanah/TurunTanah
Di sesetengah tempat, adat ini juga dipanggil adat memijak tanah. Ia sebagai meraikan anak yang baru pandai berjalan. Turun tanah bermakna seorang anak kecil dilepaskan untuk memijak tanah sebagai lambang meneruskan kehidupannya. Adat ini dijalankan secara berbeza-beza dari satu tempat dengan tempat yang lain baik dari segi cara mahupun barangan yang digunakan.

Lazimnya
kenduri doa selamat diadakan untuk mengiringi upacara ini. Selepas kenduri selesai, tikar
dibentang di hadapan tangga sebagai alas kanak-kanak berkenaan berjalan. Di atas tikar disediakan beberapa
dulang yang berisi pelbagai jenis barang, termasuk makanan dan minuman. Antara barangan
yang diletakkan di dalam dulang itu ialah cermin, sikat, jam tangan, gelang, cincin, rantai,
bedak, kain, kasut, gunting, bubur, air sejuk dan wang. Lazimnya jumlah
barangan yang diletakkan adalah ganjil. Kanak-kanak tersebut akan dibiarkan bergerak memilih
barang tersebut dan dihadkan mengambil tiga barangan sahaja.
Menurut kepercayaan orang Melayu juga, adat ini dilakukan untuk meramal masa
depan kanak-kanak itu berdasarkan barangan yang diambil. Umpamanya jika
kanak-kanak itu mengambil gunting, kelak dia kuat bekerja atau pandai membuat
kerja tangan. Adat ini jug boleh dilakukan secara sederhana iaitu dengan memijakkan kaki
kanak-kanak itu ke piring-piring kecil yang berisi dengan padi,
beras, tanah dan beberapa jenis daun yang telah dijampi oleh mak bidan.
Seterusnya bayi itu dijejakkan ke tanah dan doa dibaca.
Bersunat / Berkhatan
Adat
bersunat bagi bayi perempuan lazimnya dilakukan
ketika bayi itu masih kecil iaitu beberapa hari selepas dilahirkan. Namun
demikian, kebanyakan kanak-kanak perempuan akan menjalani upacara ini
sekurang-kurangnya ketika berumur setahun atau lebih. Adat ini akan dijalankan
oleh bidan. Bagi kanak-kanak lelaki, mereka akan menjalani adat bersunat atau
juga dipanggil berkhatan ketika umur mereka dalam lingkungan 8 hingga 12 tahun.
Adat berkhatan akan dijalankan oleh Tok Mudim. Di dalam ajaran Islam, bersunat
atau berkhatan adalah wajib kerana Islam menitikberatkan kesucian lahir dan
batin. Di samping itu juga,ia baik dari segi kesihatan. Majlis bersunat
kanak-kanak perempuan tidak semeriah majlis berkhatan kanak-kanak lelaki dan
ada juga yang menjalankannya serentak dengan majlis perkahwinan.
No comments:
Post a Comment